fbpx

Liga Europa: Ten Hag akui gembira jika bertemu di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO akan kembali memperkuatkan United menjelang pertemuan menentang Barcelona awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag secara jujur mengakui beliau le­bih gembira sekiranya pasukannya itu bertemu Barcelona pada perlawanan akhir Liga Europa berbanding berentap di pusingan playoff awal pagi esok.

United gagal menamatkan aksi peringkat kumpulan Liga Europa sebagai juara, manakala Barcelona sekadar mengakhiri saingan Liga Juara-Juara di kedudukan ketiga menyebabkan kedua-dua pasukan diundi bertemu pada pusingan playoff bermula di Camp Nou sebelum ke Old Trafford.

“Saya fikir Barcelona dan kami sepatutnya bermain di perlawanan akhir. Namun, kami bersedia untuk memberikan aksi terbaik, ia akan menjadi aksi mendebarkan dan hebat untuk mengetahui keputusan terakhir.

“Saya berharap semua pemain cergas dan bersedia untuk menghadapi Barcelona. Ia akan menjadi satu perlawanan yang berada di tahap tertinggi bola sepak. Sebagai pemain, saya mengagumi Xavi dan beliau telah menjadi komponen penting Barcelona ketika ini.

“Anda boleh melihat falsafah bola sepak yang digunakan untuk Barcelona. Saya sangat menggemari corak permainan mereka dan cara mereka menyerang,” katanya.

Pada aksi itu nanti, Ten Hag akan kembali mendapatkan khid­mat Casemiro yang digantung tiga perlawanan bagi aksi Liga Perdana Inggeris, namun tidak dapat menggunakan dua lagi tonggak utamanya.

Mereka kehilangan khidmat pemain pertahanan, Lisandro Martinez yang digantung satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning, manakala Marcel Sabitzer juga menerima nasib sama apabila mengumpul jumlah kad yang sama ketika aksi Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN