fbpx

F1: Charles Leclerc berkobar buru kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA SF-23 menjadi harapan baharu buat Ferrari untuk menamatkan penantian bergelar juara pada musim ini. – AF

LONDON – Pemandu Monaco, Charles Leclerc meletakkan impian menggunung selepas tekad untuk mahu mengembalikan kemenangan buat Ferrari selepas kali terakhir pasukan Itali itu muncul juara Formula Satu (F1) 16 tahun lalu.

Leclerc yang mempamerkan pemanduan terbaik dengan menduduki tempat kedua di belakang juara dunia musim lalu, Max Verstappen (Red Bull), percaya Ferrari mampu sekali lagi menjadi pasukan pencabar dan memenangi gelaran.

Keyakinan itu hadir selepas Ferrari memperkenal jentera baharu mereka SF-23 di Maranello, Itali kelmarin.

“Matlamat pasukan ini adalah untuk menang. Saya benar-benar tidak sabar untuk kembali ke dalam jentera baharu ini dan cuba memenangi kejuaraan itu.

“Tahun lepas pasukan bekerja dengan baik dan satu langkah ke hadapan. Kami perlu melakukan perkara yang sama tahun ini dan semoga kami mampu meraih gelaran yang kami idamkan selama ini.

“Itu adalah sasaran untuk pa­sukan dan bagi saya juga untuk dapatkan lebih banyak kemena­ngan. Semoga tahun ini kami lebih konsisten bermula perlumbaan pertama hingga perlumbaan terakhir,” kata pemandu berusia 25 tahun tersebut.

Pada musim 2023 ini, Ferrari bukan sahaja hadir dengan jentera baharu, namun pasukan Itali itu membawa masuk Frederic Vasseur menggantikan Mattia Binotto sebagai prinsipal pasukan.

Ferrari melakukan evolusi pada jentera SF-23 dan ia dilihat pada bahagian hadapan terma­suk suspensi hadapan serta pembangunan enjin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI