KHARTOUM – Buat pertama kali dalam hampir sedekad, mahkamah Sudan menjatuhi hukuman potong tangan terhadap tiga lelaki kerana mencuri, lapor laman berita Wion News semalam.
Memetik laman berita The Guardian, laporan itu menyebut bahawa ketiga-tiga lelaki berusia 20-an itu disabitkan bersalah kerana mencuri tong gas di Omdurman.
Keputusan itu telah dijatuhi dua minggu lalu tetapi baru didedahkan sekarang.
Ketiga-tiga lelaki itu juga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana melakukan kesalahan tersebut dan didenda 2,000,000 pound Sudan (RM15,051) sebagai pampasan atas kecurian itu.
Buat masa ini, mereka telah dibawa ke penjara Koper di utara Khartoum, di mana hukuman itu masih belum dijalankan pada tarikh yang belum ditentukan. – Agensi