fbpx

Petugas barisan hadapan bakal terima Anugerah Merit Ibn Khaldun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah.

KUALA LUMPUR – Anugerah Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global akan diberikan kepada petugas barisan hadapan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang juga Ketua Perlembagaan UIAM memperkenankan penganugerahan tersebut dan akan mencemar duli bagi menyampaikannya.

Penganugerahan itu bakal berlangsung pada bulan hadapan di UIAM Kampus Gombak tertakluk kepada keadaan semasa penularan wabak Covid-19 selain mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, penganugerahan terebut merupakan tanda penghargaan tertinggi kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus tanpa henti memerangi Covid-19 bagi memutuskan rantaiannya.

“Dengan adanya penganugerahan ini, ia sebagai tanda penghargaan dan ucapan setinggi terima kasih kepada petugas barisan hadapan.

“Ia sedikit sebanyak menjadi pemangkin dan menaikkan semangat mereka dalam menjalankan tugas,” katanya.

Anugerah Merit Ibn Khaldun UIAM diperkenalkan pada tahun 2018 dan diberikan dengan tujuan mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat tanpa mengharapkan pulangan dari segi nilai wang ringgit.

Penganugerahan tersebut merupakan kali ketiga dilakukan dengan penerima pertamanya ialah Persatuan Pengguna Pulau Pinang pada tahun 2018 dan Majlis Kanser Nasional (2019). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI