fbpx

Bekalan telur ayam di Kedah cukup sehingga Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isa (tengah) pada Majlis Perasmian Program New Breed Marketing Entrepreneur Ejen Pemasar FAMA di Kolej Komuniti Sungai Petani di Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah memberi jaminan bekalan telur ayam di negeri ini mencukupi untuk menampung keperluan permintaan telur sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pengarahnya, Isa Hamzah berkata, ia susulan kerjasama FAMA dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan tujuh penternak ayam telur di negeri ini sejak awal tahun ini.

Katanya, kerjasama itu bagi memastikan bekalan telur sentiasa mencukupi terutama menjelang Ramadan dan Aidilfitri nanti.

“Selain itu, kita juga telah mendapat bekalan telur tambahan menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar telur ayam di Melaka sejak tahun lalu.

“Sehingga kini, kita sudah ambil kira-kira 350,000 biji telur pelbagai gred dari syarikat tersebut bagi memenuhi permintaan pasaran telur di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) Ejen Pemasar FAMA di Kolej Komuniti Sungai Petani di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Isa, selain telur ayam, bekalan sayur juga dijamin mencukupi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI