fbpx

98 penunggang tolak motosikal sejam ke balai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan semalam.Foto Ihsan PDRM

Oleh ASLIZA MUSA

TAIPING – Bukan setakat disaman malah 98 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka hampir sejam ke Balai Polis Batu Kurau di sini semalam.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 13 hingga 20 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan bermula pukul 5 petang di Jalan Besar Jelai di sini.

Operasi itu disertai 14 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Taiping dan Balai Polis Batu Kurau.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, sebanyak 98 buah motosikal diperiksa dalam operasi selama lima jam itu di mana 42 buah daripadanya disita.

Katanya, dalam operasi itu juga, 134 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada nombor pendaftaran kenderaan, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, ubah suai kenderaan dan ekzos.

“Kita turut memeriksa 120 individu dan tiada tangkapan melibatkan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 mahupun jenayah dan narkotik,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI