MERAIH pelbagai komen ketika pertama kali digandingkan dengan Sherry Alhadad sebagai hos TV3, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), penampilan Jihan Muse pada malam itu meraih perhatian ramai.
Tampak semakin berseri-seri selepas melahirkan anak kedua, kejelitaan pengacara dan pelawak itu membuatkan ruangan komen dalam perkongsian gambarnya dibanjiri pujian.
Hantaran yang memperlihatkannya berada di belakang pentas Axiata Arena itu menyerlahkan aura seorang bintang terutama saat menggayakan gaun merah jambu ‘menjerit’ sentuhan Rizman Ruzaini.
Selain dipuji patuh syariah apabila busana tersebut menutup bentuk tubuh bersama bulu-bulu gebu, pengikut tegar Jihan juga menyamakannya dengan pelakon Mira Filzah.
Memang saling tak tumpah dengan wajah bekas pengacara Nona itu sampaikan Mizz Lahar pun belek dua, tiga kali foto tersebut di Instagramnya.
Keliru pula yang mana satu Jihan, mana satu Mira.
Mizz Lahar: Teringat kisah Datin Alyah dan pelakon Nadya Syahera yang didakwa netizen seiras Ira Kazar