fbpx

Rasuah RM15 juta, SPRM tahan tiga pengarah syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dengan rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek pembinaan sebuah pangkalan di Pahang.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 40 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

“Suspek pertama dipercayai seorang pengarah syarikat yang melobi projek pembinaan itu, manakala dua lagi suspek yang juga pengarah syarikat pula disyaki meminta serta menerima rasuah kononnya untuk diserahkan kepada seorang bekas menteri,” katanya di sini tadi.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 17 Februari 2023 dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya tadi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI