fbpx

Pesawat hampir terhempas ke laut di Hawaii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat United Airlines hampir terhempas di Lautan Pasifik pada hujung tahun lalu. - Foto AFP

HONOLULU, Hawaii – Sebuah pesawat penumpang hampir terhempas ke lautan selepas menjunam lebih 400 meter (m) dalam masa 18 saat sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Kahului, lapor akhbar The Sun semalam.

Ketika kejadian, pesawat United Airlines jenis Boeing 777-200 itu berada dalam jarak 243.84 m dari Lautan Pasifik ketika ia menjunam dari langit di pantai Maui, Hawaii dalam penerbangannya ke San Francisco.

Insiden yang berlaku pada 18 Disember tahun lalu itu tidak pernah dilaporkan sebelum ini sekali gus meningkatkan lagi kebimbangan mengenai isu keselamatan dan operasi utama yang berlaku dalam penerbangan Amerika Syarikat (AS) serta melibatkan pesawat Boeing.

Penerbangan United Airlines UA1722 berlepas dari Lapangan Terbang Kahului, Maui ketika cuaca ribut dan terbang naik ke ketinggian 670.56 m sebelum ia mula turun dengan pantas.

Penerbangan itu menjunam jatuh ke ketinggian hanya 236.22 m dan menyebabkannya berada hampir dengan lautan sebelum ia cepat pulih dan terus terbang tinggi sehingga 10,058 m, lapor The Air Current.

Keseluruhan kejadian itu berlangsung selama 45 saat dan para penumpang terpaksa menahan daya pesawat yang turun pada kelajuan 2,621 seminit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI