fbpx

Anwar terus ke kawasan bencana sejurus tiba di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sebelum bertolak ke Turkiye semalam

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus ke kawasan bencana sejurus tiba di Gaziantep, Turkiye pada pukul 7.50 pagi (waktu tempatan)

Perkara itu dikongsikan oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di Twitter hari ini.

“Sejurus tiba di Gaziantep, Perdana Menteri⁩ diberikan taklimat setelah sembilan hari Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) beroperasi,” katanya.

Kosmo! malam tadi melaporkan Anwar berangkat ke Turkiye bagi melihat sendiri kawasan bencana gempa bumi sekitar Gaziantep.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Menteri Luar, Datuk Zambry Abd Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan delegasi Malaysia.

Sejurus lawatan itu, beliau bersama para delegasi akan ke Ankara bagi menemui rakan sejawatnya, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI