KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa butiran peribadi 33 juta pemandu berisiko terdedah menerusi aplikasi MyJPJ.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, aplikasi itu dikatakan terlalu mudah diakses oleh orang ramai kerana hanya menggunakan nombor kad pengenalan.My
Jelas beliau, nombor kad pengenalan pula mudah didapati terutamanya dengan membuat semakan melalui daftar pemilih.
“Jika kita tahu nombor kad pengenalan semua akan keluar, saya boleh tunjukkan macam mana kebocoran itu berlaku. Kalau itu berlaku 33 juta data peribadi dapat dikesan oleh mana-mana individu.
“Saya rasa 16 juta butiran lesen memandu itu ada dan ini kurang cermat. Dulu saya jadi Menteri semasa diberikan taklimat (aplikasi ini) saya tidak setuju kerana ia bahaya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Ka Siong berkata, pihaknya mahu kerajaan mengambil tindakan segera bagi menangani isu ini agar semua data peribadi pemandu dapat dilindungi.-KOSMO! ONLINE