fbpx

Program Jana Wibawa ditangguh sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur luar bandar melibatkan RM5.7 bilion di bawah Program Jana Wibawa ditangguh bagi penelitian semula tatacara perolehannya.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan memastikan projek berkaitan dilaksanakan semula secepat mungkin.

“Pihak kementerian mengambil keputusan agar tatacara perolehan perbendaharaan mesti diikuti sepenuhnya termasuk membuka semula tender supaya projek dapat dilaksanakan dengan cepat.

“Tumpuan projek akan kini diberi kepada infrastruktur yang terjejas akibat musibah banjir,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen hari ini.

Tambah Timbalan Perdana Menteri itu lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dari segi pelaksanaan jeda waktu infrastruktur luar bandar dan kita akan beri keutamaan di kawasan terjejas banjir.

“Saya telah meminta pegawai di kementerian melaksanakan projek dengan segera”, katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI