fbpx

Apa salahnya benarkan pengeluaran KWSP – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar kerajaan mempertimbangkan untuk meluluskan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sekiranya itu kehendak rakyat.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha untuk memajukan ekonomi negara, suara rakyat dan memelihara kebajikan rakyat.

“Itu tugas kerajaan, dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan. Apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini.

“Begitu juga dengan moratorium pinjaman bank, mereka terus membuat untung walaupun ketika negara berhadapan dengan krisis terutamanya pandemik Covid-19.

“Bank-bank juga patut turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban rakyat akibat kesan inflasi dan kenaikan OPR,” katanya semasa Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah bekas Perdana Menteri itu lagi, walaupun usia kerajaan sudah menjangkau tiga bulan, namun beliau masih belum nampak sebarang langkah yang konkrit dan komprehensif diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Kita dengar menteri kata kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam. Kalau harga telur mahal, jangan makan telur. Ini bukanlah sesuatu yang rakyat harapkan daripada kerajaan.

“Yang rakyat nak adalah tindakan kerajaan sama ada daripada segi dasar, inisiatif atau intervensi tertentu untuk meningkatkan pendapatan mereka, menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan serta memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan dijual pada harga yang munasabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI