fbpx

Bungkus teh, kopi guna logo halal palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI KPDN Johor dan Mainj melakukan pemeriksaan ke atas bungkusan teh dan kopi yang disyaki menggunakan logo halal palsu dalam serbuan di sebuah kilang di Kulai, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Tindakan tidak bertanggungjawab sebuah kilang menjalankan pembungkusan teh dan kopi menggunakan logo halal palsu mengundang padah apabila diserbu dalam satu operasi Halal di Kulai, dekat sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam dan Kos Sara Hidup (KPDN)Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, sebanyak 15,768 unit bungkusan teh dan kopi disita.

“Operasi Halal kali ini melibatkan lapan anggota penguat kuasa KPDN Johor bersama empat anggota penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Hasil pemeriksaan mendapati kilang terbabit disyaki menggunakan logo halal tidak sah dalam tujuan perdagangan.

“KPDN merampas sejumlah 15,768 unit bungkusan teh dan kopi bernilai RM23,000,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lilis Saslinda berkata, hasil semakan lanjut turut mendapati kilang itu telah menjalankan operasi berkenaan sejak tahun 2019 dan memasarkan teh dan kopi ke seluruh negara.

Ujarnya, pihaknya telah mengambil tindakan dibawah Akta Perihal Dagangan, Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

Katanya, jika sabit kesalahan, syarikat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000.

Manakala individu pula boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI