fbpx

Dewan Rakyat: Kadar kebolehpasaran graduan TVET meningkat 90.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehpasaran graduan yang mengikuti kursus Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) meningkat 90.4 peratus berdasarkan permintaan dalam pasaran pekerjaan ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan ini sekali gus menunjukkan bahawa graduan TVET khususnya pelajar luar bandar setara dengan pelajar di bandar dalam bidang pekerjaan.

Beliau berkata, TVET merupakan satu platform baharu memberikan latihan jangka pendek dan panjang di peringkat pensijilan, diploma serta ijazah.

“Kebolehpasaran TVET di bawah KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) meningkat kepada purata 90.4 peratus, mereka yang mendapat kursus TVET ini pasaran guna tenaga mereka berada di tahap itu.

“Ertinya kebolehpasaran itu adalah berdasarkan kepada permintaan daripada pasaran guna tenaga dan kursus yang ditawarkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkenaan perancangan KKDW dalam menaik taraf fasiliti golongan beliau serta menyediakan peluang pekerjaan bagi beliau di luar bandar.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, pada 14 Januari lalu pihaknya telah mengarahkan agensi berkaitan untuk melaksanakan program pendidikan serta TVET berimpak tinggi secara besar-besaran.

Jelas ia, pelaksanaan itu bertujuan meningkatkan lagi keberhasilan pendidikan kemahiran sebagai pemacu perubahan untuk melonjakkan modal insan berkemahiran tinggi dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI