fbpx

Lelaki maut digilis, diseret lori ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang maut dalam kejadian tersebut.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki maut apabila apabila digilis dan diseret sejauh lima meter oleh sebuah lori muatan ayam dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Klang- Banting- Port Dickson, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata,  kemalangan berlaku ketika mangsa yang berusia 43 tahun menunggang motosikal jenis Honda Wave dan lori itu masing-masing menuju ke Morib dan Banting.

Katanya, setiba di lokasi kejadian motosikal mangsa dipercayai bergesel tayar belakang sebelah kiri lori menyebabkan kenderaan yang ditunggang hilang kawalan sebelum terjatuh atas jalan seterusnya digilis dan diseret lori tersebut sejauh lima meter.

“Mangsa yang parah di kepala selain kaki kanan hampir putus kemudiannya meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah pemandu lori dan kenderaannya telah ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, Ahmad Ridhwan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran ditalian 011-62622972 atau 03-31872222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI