fbpx

Gempa Syria: Malaysia pasukan terawal dari ASEAN ke Syria hantar bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika bercakap kepada pemberita sebelum pelepasan pasukan peninjau khas ke Syria di KLIA hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Pasukan Malaysia melakar sejarah sebagai kumpulan pertama dari rantau Asia Tenggara dibenarkan masuk ke Syria untuk misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pasukan peninjau khas itu juga merupakan antara yang terawal dari luar negara selepas sekatan sejagat ditarik buat sementara waktu.

“Alhamdulillah, pasukan kita muncul antara negara paling awal di dunia dapat masuk ke sana sejurus sekatan global dilonggarkan beberapa hari lalu,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyantuni seramai 21 anggota dari pelbagai agensi yang menyertai kumpulan itu di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Mereka berlepas pada pukul 11.15 malam tadi dengan menaiki pesawat Turkish Airlines penerbangan TK63 dan dijangka tiba di Istanbul sekitar 5.45 pagi esok waktu tempatan.

Pasukan itu diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Norman Muhamad setelah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut serta ialah wakil dari pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), pasukan tentera, polis, Kementerian Kesihatan, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Mercy Malaysia.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, situasi di Syria sebenarnya agak teruk selepas dilanda tempias gempa dari jirannya, Turkiye minggu lalu dengan hampir 6,000 orang terbunuh.

Bahkan ujar beliau, pasukan Malaysia perlu terbang ke Beirut, Lubnan kerana tiada akses langsung ke negara itu dan bergerak ke ibu kota Syria, Damsyik sebelum ke lokasi gempa.

Justeru beliau membayangkan, Malaysia akan mendirikan hospital medan di Syria kerana prasarana kesihatan negara itu banyak yang musnah susulan sekatan dunia sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI