fbpx

Dua lelaki terselamat dalam runtuhan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba membantu mangsa yang tersepit di bawah runtuhan rumah dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Temoh, Batu 3 dekat Tapah, hari ini. - Foto IHSAN JBPM

TAPAH – Dua lelaki warga Myanmar nyaris maut selepas rumah mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam insiden runtuhan tanah di Jalan Temoh, Batu 3 di sini petang tadi.

Kejadian lewat petang itu dipercayai berlaku ketika hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 6.45 petang.

Katanya, runtuhan tanah yang berlaku berhampiran rumah pekerja itu telah mengakibatkan pokok tumbang lalu menghempap kediaman berkenaan.

“Terdapat dua lelaki tersepit di bawah runtuhan rumah tersebut. Operasi segera dijalankan dengan mengalihkan serpihan runtuhan bagi membawa keluar mangsa.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki. Mereka di bawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada unsur kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada pukul 7.53 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI