fbpx

Pasangan bukan Islam rai perkahwinan sempena Hari Kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pasangan bukan Islam yang mendaftar perkahwinan sivil di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat JPN, hari ini. - Foto IHSAN JPN

PUTRAJAYA – Seramai 17 pasangan bukan Islam memilih untuk mendaftarkan perkahwinan sivil mereka di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, hari ini.

Lebih menggembirakan, hari ini adalah tanggal 14 Februari iaitu tarikh yang sinonim sebagai hari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih.

Sumber JPN memaklumkan, selain Putrajaya, beberapa pejabat JPN negeri turut ‘diserbu’ pasangan bukan Islam untuk mengabadikan detik istimewa dalam hidup mereka sempena hari istimewa itu.

Menurutnya, seramai 14 pasangan direkodkan di Kuala Lumpur, Pahang (14), Selangor (10), Perak (lapan) dan Sabah (tujuh).

“Di Ibu Pejabat JPN Putrajaya, sebanyak 10 pasangan Cina telah didaftarkan selain tujuh pasangan India,” katanya.

Ujarnya, kesemua pasangan bukan Islam itu telah dikahwinkan mengikut upacara sivil di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian.

Jelasnya lagi, JPN bertanggungjawab mendaftarkan perkahwinan sivil di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI