fbpx

Seniman, NKF anjur larian amal kumpul dana pesakit buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zed Zaidi [duduk paling kiri) pada majlis pelancaran Larian Amal 2023 'Melaka 10KM NKF di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) akan menganjurkan larian amal 2023 ‘Melaka 10KM NKF’ pada 21 Mei depan.

Larian yang akan diadakan di Dataran Multimedia Universiti Melaka (MMU), Melaka itu turut membawa slogan ‘1 Step 1 Love’ bertujuan mengumpul dana bagi pesakit buah pinggang.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, larian tersebut juga menyasarkan kira-kira 5,000 peserta membabitkan dua kategori utama iaitu 10 kilometer (km) dan 2 km bagi orang kelainan upaya (OKU).

Jelas beliau, yuran pendaftaran pula serendah RM60 bagi 2,000 penyertaan awal dan RM75 selepas tarikh tutup pendaftaran awal, manakala bagi peserta OKU ia adalah percuma.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada masyakarat di luar sana tanpa mengira lapisan masyarakat untuk turut sama menyertai acara Larian Amal Melaka 10KM NKF ini.

“Sambil beriadah, mereka juga turut menderma untuk tabung ini sebagai tanda berperikemanusiaan dan rasa bertanggungjawab sesama manusia,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zed Zaidi berkata, NKF memerlukan kira-kira RM1.5 juta setahun bagi menyalurkan ubat- ubatan dan peralatan dialisis dengan sokongan yang tidak ditampung oleh hospital kerajaan kepada pesakit yang mengalami masalah buah pinggang.

Antara pelakon dan selebriti yang turut serta pada program ini adalah Ikon Selebriti & Pelakon Terliba Adeline Tsen, Sangeeta Krishnasamy dan P.Radhi @ P.Ramlee Remaja.

Untuk pendaftaran, orang ramai boleh membuat secara dalam talian sehingga 20 April 2023 ini menerusi muat turun aplikasi Vomos di Apple App Store dan Google Play Store.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI