fbpx

PGDM anjur Anugerah Digital Tahunan bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harnie (dua dari kiri) bersama Jamal (kiri) selepas sidang akhbar berhubung Anugerah Digital Tahunan di Kajang baru-baru ini.

KAJANG – Pertubuhan Gene­rasi Digital Malaysia (PGDM) bakal menganjurkan Anugerah Digital Tahunan 2022 pada bulan depan sebagai mengiktiraf pelbagai sektor swasta, badan kerajaan, persatuan, individu dan usahawan yang terlibat dalam industri tersebut.

Pengerusinya, Datin Seri Harnie Mohamed berkata, pe­nganjuran julung-julung kali itu akan melibatkan pemberian sehingga 29 anugerah daripada pelbagai kategori seperti te­lekomunikasi, makanan dan minuman, pengangkutan, petroleum dan usahawan wanita.

Menurut beliau, melalui anugerah tersebut, para pemenangnya bakal memiliki pelbagai kelebihan termasuk me­ngukuhkan lagi jenama syarikat bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa dan menambah baik keterhubungan dengan pelabur di pasaran global.

Ini kerana pertubuhan tersebut telah melaksanakan pelbagai program berbentuk ekonomi digital di Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan Turkiye sebelum ini.

“PGDM juga akan membantu usahawan dan syarikat untuk mereka menembusi negara jiran atau pasaran antarabangsa ekoran keterhubungan pertubuhan tersebut yang kukuh dengan pelbagai badan di luar negara,” katanya. pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Turut hadir penasihat pertubuhan tersebut iaitu Datuk Seri Jamal Hussin.
Tambah beliau, majlis yang akan menghimpun kira-kira 700 orang di sebuah hotel di Bangi pada 18 Mac depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI