PUTRAJAYA – Sebanyak lima kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini membabitkan empat kes penularan tempatan dan satu kes import menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,734 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada empat kes tempatan, tiga adalah warganegara dan satu bukan warganegara.
“Satu kes import adalah bukan warganegara dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan lanjut,” – K! ONLINE