PENYANYI dangdut Dewi Perssik mengejutkan ramai dengan pendedahan sudah dilamar seorang juruterbang bernama Rully.
Penyanyi itu berkata, Rully datang bertemu ibunya dan membuat lamaran di hadapan keluarganya.
Berita gembira tersebut menjadi sorotan netizen yang mahu mengetahui identiti lelaki misteri berkenaan.
Hasil siasatan netizen, Rully merupakan juruterbang dan juga pengusaha sebuah kafe, Waroe Kopi Kang Rully. Dia juga dikatakan berstatus duda anak satu dan pernah bercinta dengan selebriti Tessa Kaunang pada 2018.
Sementara satu akaun yang mendakwa adik ipar Rully berkata, lelaki itu gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan tidak menjenguk anaknya yang kini dijaga bekas isteri.
Rully dan Dewi Perssik sudah berkenalan sejak enam tahun lalu.