ANGGOTA kumpulan Blackpink. Jennie sudah lama diberi jolokan‘sold-out queen’.
Hal ini kerana kemampuannya menjual hampir semua barangan dipakai, tidak kiralah barangan perniagaan kecil-kecilan sehingga fesyen mewah.
Baru-baru ini, jenama fesyen Cash Cow Clothes tular dalam TikTok apabila mendedahkan perniagaan mereka hampir rugi.
Jenama terbabit bernasib baik apabila Jennie menggayakan topi Cash Cow Clothes bersama penerbit Amerika iaitu Tommy Brown yang bernilai RM435.
Impaknya, jenama tersebut menjadi terkenal sekali gus capaian angka media sosial dan laman web Cash Cow Clothes terus meledak.