fbpx

Klopp tidak gembira aksi Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL mencatat kemenangan pada aksi pembukaan saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas menewaskan Ajax 1-0 awal pagi semalam. – AFP

AMSTERDAM – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp mengakui skuad kendaliannya tidak menampilkan aksi terbaik ketika menang 1-0 ke atas Ajax Amsterdam pada saingan Liga Juara-Juara di Johan Cruyff awal pagi semalam.

Gol sendiri hasil jaringan pemain pertahanan Ajax, Nicolas Tagliafico sudah cukup buat The Reds untuk memastikan kemenangan serta membawa pulang tiga mata ke Anfield.

Meskipun beraksi tanpa khid­mat pemain pertahanan, Virgil Van Dijk yang mengalami kece­deraan anterior cruciate ligament (ACL), namun Liverpool masih mampu memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

“Walaupun menang 1-0 tetapi ia sudah memadai untuk kami kerana tiga mata lebih penting. Bagaimanapun, saya fikir kedua-dua pasukan sepatutnya menampilkan permainan lebih baik.

“Keadaan padang sedikit berlumpur dan ia menyukarkan kami untuk menampilkan aksi terbaik. Amat mengecewakan kerana kami gagal manfaatkan beberapa peluang terbaik,” kata Klopp.

Dalam pada itu, bekas pe­ngendali Borussia Dortmund itu berkata, apa yang menggembirakannya adalah semangat ditampilkan anak-anak buahnya yang berjuang habis-habisan hingga wisel penamat.

“Semua pemain sudah tampilkan aksi terbaik walaupun ia bukanlah satu permainan yang sempurna. Mereka sudah berjuang bagi membawa pulang tiga mata,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI