fbpx

Harley-Davidson keluaran tahun 1908 dilelong RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal Harley-Davidson ini merupakan keluaran tahun 1908. - Mecum Auctions

LAS VEGAS, NEVADA – Sebuah motosikal Harley-Davidson keluaran tahun 1908 dijual pada harga AS$935,000 (RM4 juta), menjadikannya motosikal paling mahal pernah dijual dalam acara lelongan, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Firma lelongan Mecum Auctions berpangkalan di Las Vegas berkata, motosikal itu dikenali sebagai Strap Tank. Ia dijual dalam acara lelongan lewat bulan lalu.

“Kami memasarkan motosikal itu dengan baik dan Harley merupakan jenama motosikal Amerika paling popular.

“Justeru, kami merasakan ia akan mencatat lelongan yang baik, namun anda pasti terkejut apabila kami berjaya menjual motosikal pada harga paling mahal,” kata Pengurus Bahagian Motosikal Mecum Auctions, Greg Arnold.

Tambah Arnold, Harley-Davidson Strap Tank itu adalah model yang jarang ditemui, menjadikannya sebagai suatu penemuan unik.

“Motosikal ini memiliki banyak bahagian asli. Ia menjadikan kenderaan tersebut lebih luar biasa,” jelasnya.

Motosikal tersebut ditemui dalam keadaan baik di sebuah bangsal di Wisconsin oleh seorang ahli perniagaan, David Uihlein pada 1941 sebelum dia menyimpan kenderaan itu selama 66 tahun.

Ia kemudian dibaik pulih oleh seorang individu bernama Paul Freehill dari negeri Indiana, kata Mecum Auctions.
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI