fbpx

Kategori pendapatan isi rumah akan disemak semula – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan isi rumah sedia ada bagi membolehkan bantuan yang lebih bersasar disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, semakan tersebut akan akan mengambil kira perubahan struktur pendapatan dan perbelanjaan, kos sara hidup, kuasa beli, demografi serta lokasi isi rumah.

Ujar beliau, dengan adanya kategori isi rumah kumpulan baharu ini, ia akan memantapkan lagi penggubalan dasar serta menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Semakan ini akan mengambil kira perubahan struktur pendapatan dan perbelanjaan, kos sara hidup, kuasa beli, demografi serta lokasi isi rumah kerana ia lebih tepat. Contohnya kalau T20 di suatu tempat mungkin tempat lain dia sekadar M40.

“Melangkah ke hadapan, kerajaan juga merancang untuk beralih daripada pemberian subsidi menyeluruh menggunakan pendekatan berdasarkan kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20 kepada pendekatan yang lebih bersasar.

“Pedekatan ini mengambil kira akan pendapatan boleh guna yang dipadankan dengan kos sara hidup semasa berdasarkan demografi keluarga dan lokaliti,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mahu kerajaan menyatakan pecahan terkini garis pendapatan rakyat Malaysia dan apakah langkah yang diambil kerajaan bagi membantu golongan M40 yang dikatakan kini telah menjadi M70.

Tambah Rafizi, Jabatan Perangkaan Malaysia juga sedang memuktamadkan dapatan Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas 2022 melibatkan 92,000 isi rumah bermula daripada Januari 2022 hingga Disember 2022.

“Melalui survei ini kita akan dapat tahu had pendapatan yang seterusnya yang boleh dikemaskini,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI