fbpx

Saya masih ‘clubbing’, tak pandai hipokrit – Ismail Izzani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Ismail, golongan pembenci juga membantu dirinya kerana cara teguran mereka yang kasar membuatkan dia beringat tentang kesalahan dilakukannya.

KUALA LUMPUR – Terheret tanggapan serong sebagai artis bermasalah dan suka berparti di kelab malam, penyanyi Ismail Izzani enggan bersikap hipokrit dan mengakui segala perbuatan tersebut.

Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri mengakui, sebagai manusia biasa dia tidak akan mampu lari melakukan kesilapan dalam kehidupan.

“Tentang pergi kelab malam (clubbing) atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi (clubbing).

“Tapi, saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.

“Saya pasti orang media pun ada di sana juga (ketawa). Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup, kita banyak buat silap,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelantun lagu Luar Biasa yang ditemui pada acara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) baru-baru ini memaklumkan, sebagai seorang selebriti popular, lokasi dan dengan siapa keberadaan pasti menjadi buah mulut orang.

“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak boleh suruh atau paksa orang sayang kita.

“Bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters (orang yang membenci) juga banyak membantu.

“Mereka membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya takkan betulkan apa yang salah,” jelasnya.

Terdahulu sekitar hujung tahun lalu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail, 23, memeluk seorang wanita seksi di sebuah kelab malam sambil mencium bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

Susulan itu, anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu diserang netizen dalam Instagram.

Lebih teruk, perlakuan bekas kekasih Shalma Eliana itu disifatkan tidak bermoral berikutan rentetan kisah cinta dan perlakuan sama yang dilakukan sebelum ini.

Kontroversi sebegitu bukan kali pertama memandangkan Ismail pernah dikecam kerana berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam beberapa tahun lalu.

Namanya juga pernah memanas gara-gara didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas dituduh menghamilkan seorang wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI