fbpx

Terbitan Hak BSLCorp dijangka raih untung 142%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BSL Corp melaksanakan tawaran Terbitan Hak untuk membolehkan para pelaburnya menjana hasil yang baik. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – BSL Corporation Berhad (BSL Corp) yang telah menyenaraikan hak dagangannya pada 9 Februari lalu perlu dimanfaatkan oleh para pelaburnya kerana ia bakal memberi ganjaran yang menguntungkan.

Pelaksanaan Korporat bagi Kumpulan yang terlibat  dalam pengecapan dan perkakasan ketepatan, papan litar bercetak (PCB) dan pemasangan EMS dan tenaga boleh diperbaharui itu adalah terbitan hak boleh lepas bagi 12 saham hak dengan lima waran percuma bagi setiap dua saham BSLCorp sedia ada pada harga terbitan 5.5 sen (Terbitan Hak).

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Wan Mohd Farid Wan Zakaria berkata, pelanggan Terbitan Hak itu akan dapat meraih ganjaran daripada kedua-dua harga tawaran diskaun besar saham biasa BSLCorp pada 5.5 sen.

“Ia terdiri daripada harga terbitan 5.5 sen setiap Saham Hak mewakili diskaun 5.5 sen daripada harga dagangan terakhir BCMAll sebanyak 11 sen semalam. 

 

“Oleh itu, bagi setiap langganan 12 saham hak, pelanggan akan menerima 12 kali ganda diskaun 5.5 sen, iaitu bersamaan dengan 66 sen  dan bagi setiap langganan 12 saham hak, pelanggan akan mendapat lima  waran percuma yang boleh didagangkan secara konservatif pada nilai intrinsiknya sebanyak 5.5 sen, iaitu perbezaan antara harga saham BSLCorp sebanyak 11 sen dan harga pelaksanaannya sebanyak 5.5 sen,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Farid mengulas, untuk setiap langganan 12 hak pada 5.5 sen setiap satu, jumlah potensi keuntungan adalah jumlah keseluruhan diskaun 5.5 sen bagi 12 saham biasa baharu dan 5.5 sen nilai intrinsik 5 waran percuma. 

“Ini menjadikan jumlah keuntungan kepada 93.5 sen atau 141.67 peratus daripada pelaburan 66 sen untuk 12 saham hak itu.”

“Penilaian yang tidak terlalu menuntut. Pada 11 sen setiap satu, harga saham BSLCorp disokong oleh aset ketara bersihnya (NTA) sesaham sebanyak 51 sen seperti yang dilaporkan pada 30 November 2022,” jelasnya.

NTA digambarkan sebagai jumlah aset syarikat, tidak termasuk aset tidak ketara (seperti muhibah, tanda dagangan dan paten) tolak jumlah liabiliti. 

Nilai NTA sesaham digunakan untuk menentukan, secara teori, wang yang akan diterima oleh setiap pemegang saham jika syarikat menjual semua asetnya. 

Oleh itu, NTA sesaham membantu pelabur menilai sama ada harga saham melebihi atau kurang nilai. 

Merujuk kepada prospektus BSLCorp bertarikh 08 Februari lalu,  untuk melanggan Terbitan Hak, pelabur mesti sama ada memiliki saham BSLCorp sebelum tarikh akhir pada 7 Februari lalu atau membeli hak dagangan sebelum 5 petang Selasa depan, 21 Februari 2023.

Masa dan tarikh tutup untuk penerimaan dan pembayaran Terbitan Hak dengan waran percuma adalah pada pukul 5 petang pada hari Isnin iaitu 1 Mac 2023, manakala tarikh penyenaraian Saham Hak dengan waran percuma dijangka pada 15 Mac 2023.-KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI