fbpx

14 individu sertai himpunan bantah bakar al-Quran dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan membakar al-Quran di Sweden mendapat bantahan keras umat Islam. Gambar fail

KUALA LUMPUR – Seramai 14 individu telah dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda, di sini pada 27 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dua kertas siasatan juga telah hampir siap dan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Rabu ini.

Azmi ketika bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. FOTO oleh M FIRDAUS M JOHARI/KOSMO!

“Kertas siasatan tersebut akan diteliti dahulu sebelum menunggu arahan tindakan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Setakat ini seramai 14 individu telah dipanggil dan selesai memberi keterangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, pihak polis mengesan dua perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda di Persiaran KLCC dan Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari.

Perhimpunan tersebut disertai kira-kira 500 peserta terdiri beberapa pemimpin parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Himpunan tersebut diadakan bagi membantah dan mengutuk tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar al-Quran, pada 21 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI