fbpx

Industri dron berpotensi ke pasaran global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan bersama pelajar UKM di Dronecubator MakerXLab@UKM petang tadi.

BANGI -Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa industri dron Malaysia mempunyai potensi tinggi untuk melebarkan sayap ke peringkat global.

Ramalan berkenaan diperoleh daripada Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia, di mana Malaysia berpotensi sebanyak USD12.13 billion atau 4.3 peratus daripada pasaran global.

Menurutnya, dron merupakan teknologi yang mempunyai nilai tinggi dan telah berkembang pesat termasuklah dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D), industri sukan dan perniagaan.

“Inovasi baru yang berada dibawah Futurise, dijadikan medan ujian regulatori negara (national regulatory sandbox) di mana kita boleh jadikan pelbagai industri sampingan seperti komponen mekanikal dan juga pemasangan serta penyelenggaraan.

“Ekosistem pembangunan atlet juga wujud seperti atlet dron, jurulatih, kebajikan atlet, latihan intensif, pertandingan peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“Industri dron diharapkan menjadi pemangkin untuk melahirkan belia yang mahir dalam sukan ini seterusnya menangkap imaginasi anak muda,” katanya dalam Majlis Pelancaran Makmal Pengajaran-Industri, Dronecubator-MakerXLab, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi petang tadi.

Dalam majlis sama, beliau berkata, kewujudan industri ini bakal membuka banyak peluang pekerjaan susulan pengangguran dalam golongan yang berusia 20 hingga 30-an adalah sebanyak 11 peratus.

“Saya berharap Futurise Sdn. Bhd. akan terus mencari industri-industri daya cipta dengan teknologi tinggi yang baru untuk dimajukan sebagaimana teknologi dron ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI