fbpx

Hujan lebat di Selangor, Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan melibatkan lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan Kelantan (Kuala Krai) dan Terengganu (Kemaman).

“Hujan lebat juga dijangka di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, di Perak pula meliputi Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, turut terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak di Selangor serta Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

“Bagi Sarawak, ribut petir diramal melanda Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song).

“Sementara di Sabah membabitkan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau),” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlanjutan sehingga pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI