fbpx

Penagih dadah dicekup pukul, tumbuk isteri curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR PUTEH – Seorang penagih dadah dicekup selepas dipercayai membelasah isterinya apabila mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain di rumah mereka di Kampung Banggol Pak Esah di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi selepas berlaku pertengkaran antara suspek yang berusia 35 tahun bertengkar dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan mendapati, keadaan itu menyebabkan suspek dipercayai bertindak menumbuk bahagian kening kiri, mencekik leher dan menarik rambut isterinya yang berusia 28 tahun semasa berada di dapur.

“Perbuatan lelaki itu mengakibatkan mangsa rebah dan mengalami kecederaan pada kening dan sakit di leher.

“Wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Puteh di sini kira-kira pukul 1.16 petang semalam selepas bimbang dengan keselamatan dirinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, mangsa yang bekerja sebagai peniaga menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Anis di sini semalam.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, suspek bertindak sedemikian selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI