fbpx

Banjir kilat di Kuala Lumpur, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dimuat naik di dalam Facebook Komuniti Bandar Baru Bangi.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

Menerusi Facebook Info Trafik Kuala Lumpur dan Selangor, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) mengalami kesesakan lebih satu jam akibat banjir kilat.

“Trafik sesak dari arah Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) ke arah Country Heights dan kelewatan juga dijangkakan dari arah bertentangan dari Sungai Ramal di Lebuh Raya Kajang SILK.

“Di sekitar Kuala Lumpur, banjir kilat telah menambahkan lagi kelewatan di kawasan berikut iaitu Jalan Parlimen, Jalan Damansara, Jalan Travers, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Maharajalela, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Lebuh Raya Bukit Jalil,” katanya.

Tambahnya, di Jalan Kinabalu, Cheras, terdapat penutupan jalan penuh berhampiran Jalan Gereja ekoran daripada pokok tumbang.

Sementara itu menurut perkongsian seorang penduduk Bangi di Facebook Komuniti Bandar Baru Bangi, banjir kilat turut terjadi di sekitar bulatan Seksyen 7, Fasa 4 Tambahan dan Jalan Reko.

Ujarnya keadaan banjir kilat tersebut berbahaya kepada penunggang motosikal.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI