fbpx

CEO muda, Dr. Idzu Saujana disalah anggap budak ‘intern’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Idzu (kiri) dari kumpulan Saujana ketika menerima anugerah daripada MTDC.

PETALING JAYA – “Terpaksa pakai cermin mata supaya nampak lebih tua disebabkan ada yang menganggap saya sebagai pelajar praktikal atas faktor usia masih muda.”

Demikian pendedahan penyanyi kumpulan nasyid Saujana juga ahli perniagaan Dr. Idzu Baharin, 42, mengimbau perjalanan kariernya sebagai usahawan pada usia muda.

Idzu menerima pengiktirafan daripada agensi kerajaan, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) iaitu MTDC Symbiosis Company Award, baru-baru ini.

Idzu berkata, anugerah diterima berdasarkan pencapaian membangunkan teknologi penyelidikan perubatan menerusi empayar perniagaan dibina, Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. sejak 12 tahun lalu.

“Anugerah ini membuatkan saya mengimbau kembali 12 tahun lalu sewaktu saya bermula dengan dua kakitangan. Jadi, untuk berada pada tahap hari ini saya tetap bermula dari bawah. Ketika itu, di pejabat hanya ada satu bilik dan meja saja. Kami berkongsi pejabat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebab anak syarikat universiti berkenaan.

“Saya memang sangat baru dan masih lagi berusia dalam lingkungan 20-an. Saya dilantik oleh UKM untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat saya sekarang ini.

“Nak dijadikan cerita, ketika itu juga saya terpaksa memakai cermin mata supaya nampak lebih tua disebabkan ada yang menganggap saya sebagai pelajar praktikal atas faktor usia masih muda,” katanya.

Menurutnya, perjalanan dilalui bukan mudah apatah lagi dia memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan.

Apa yang lebih membanggakan, Idzu sudah memiliki wisma dan makmal bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) sendiri yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya daripada bidang perubatan hendak terjun bidang penyelidikan perubatan pun tak mudah dan sesuatu yang baharu bagi saya. Saya positif dan percaya bahawa ia adalah proses yang perlu dilalui untuk terus berkembang supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

“Berkat kesabaran, antara kejayaan kami sudah ada wisma, makmal bertaraf GMP yang boleh menghasilkan produk berteknologi tinggi untuk kegunaan pesakit,” katanya.

Dalam masa sama, syarikatnya juga baharu dinobatkan Millionaire Circle oleh Richworks bersama syarikat bumiputera yang mencapai jualan puluhan dan ratusan juta.

“Saya sudah 12 tahun mengemudi dan berada dalam bidang kejuruteraan tisu ini. Syarikat kami adalah yang pertama membuat bisnes sebegini dan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR),” katanya yang akan bercadang muncul dengan konsert bertemu peminat tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI