fbpx

Dicekup 6 minit selepas pecah gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pedang samurai yang dirampas daripada tiga penyamun baru-baru ini.

KUALA LANGAT – Tindakan pantas polis berjaya menangkap tiga penyamun dalam tempoh enam minit selepas jenayah dibuat dalam kejadian di sekitar Telok Panglima Garang, baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek lelaki berusia berusia 28 hingga 33 tahun itu diberkas kira-kira pada pukul 4 pagi, 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada seorang pengurus gudang barangan keperluan berusia 33 tahun memaklumkan gudangnya di Jalan Gangsa di sini dipecah masuk kira-kira pukul 3.54 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggotanya kemudian bergegas ke lokasi kejadian seterusnya menangkap tiga lelaki tempatan sekitar kawasan Telok
Panglima Garang.

“Kita turut berjaya merampas seunit pemotong besi, sebilah pedang samurai bersarung, sebilah pedang samurai tiada bersarung dan satu unit playar.

“Semakan mendapati ketiga-tiga suspek masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, ujian air kencing turut mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Tambah Ahmad Ridhwan, siasatan mendapati kumpulan itu aktif melakukan jenayah sejak dua bulan yang lalu.

“Polis percaya dengan penangkapan mereka berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

“Kesemua saspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI