fbpx

Raihan janjikan konsert bertaraf antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE Amran, Bakar dan Amran yakin muzik Raihan terus mekar di hati peminat nasyid di Malaysia. – SADDAM YUSOFF

RAIHAN bukan lagi nama baru dalam industri muzik. Dengan pelbagai pengalaman hasil berkelana di seluruh dunia kini kumpulan nasyid itu menjadi asas rujukan nasyid kontemporari dunia.

Pengalaman memenuhi undangan Ratu Elizabeth II membuat persembahan semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh, Scotland pada 1997 merupakan pencapaian hebat kumpulan nasyid paling berpengaruh itu.

Bukan sahaja di Scotland, Raihan menjelajah ke serata dunia termasuk United Kingdom, Perancis, Australia dan negara-negara Timur Tengah.

Berbekalkan pengalaman puluhan dekad, Raihan yang bakal menggegarkan Shah Alam pada 18 Februari menerusi konsert Garis Masa Raihan yakin akan memberikan yang terbaik.

Barangkali ada sedikit kekangan faktor usia, seorang anggota Raihan, Che Amran Idris bersemangat untuk bertemu peminat selepas konsert terakhir sekitar tahun 2000 di Stadium Merdeka.

MEWAKILI Raihan, Che Amran mengakui, kini agak sukar untuk Raihan mendapat kepercayaan menjayakan konsert mega di Malaysia.

Terharu

“Kami menyajikan persembahan Raihan seperti yang dilakukan di luar negara dari segi gubahan muzik, penggunaan alat muzik dan vokal kami.

“Konsert mahu memberikan semangat baharu buat peminat yang selama ini merindukan kemunculan Raihan di depan mata.

“Kami berasa terharu dan syukur akhirnya dapat memberikan satu penghargaan buat Raihan mengadakan konsert dalam suasana Malaysia,” kata Che Amran.

Berkongsi lebih lanjut, Raihan turut menyelitkan beberapa kejutan dalam persembahan kelak.

“Kami akan gunakan beberapa elemen tertentu untuk memberikan nafas baharu kepada lagu Raihan.

“Kami ingin penonton melihat Raihan bukan sekadar penyanyi nasyid malah kami boleh menonjolkan persembahan dengan elemen rock, pop, acapella dan Melayu tradisional.

“Semasa persembahan juga kami telah menyediakan gimik khas buat peminat dan bagi sesiapa yang ingin mengetahui harus membeli tiket konsert kami,” jelasnya.

Buat peminat yang menyokong karier mereka selama 27 tahun berada dalam industri, kumpulan yang masih disertai dua lagi anggota tetap Raihan, Bakar dan Amran Ibrahim itu bakal mempersembahkan lagu yang sememangnya tidak asing dalam kalangan penonton.

“Setakat ini sudah ada 21 buah lagu yang dipilih dan ada yang dalam bentuk medley.

“Pemilihan lagu juga dilakukan dengan teliti dan setiap lagu ada keistimewaannya dan mesej yang tersendiri.

“Kami mahu sampaikan lagu kepada masyarakat kerana konsert ini digelar ‘friendly family concert’ (konsert mesra keluarga) yang boleh dinyanyikan bersama-sama,” ujar penyanyi asal Kelantan itu.

SESI latihan secara rapi dilakukan pada awal bulan Januari lalu untuk memberikan yang terbaik buat peminat di Malaysia.

Indonesia, Singapura

Ditebak mengenai jualan tiket, Che Am terharu kerana mendapat sokongan yang sangat memberangsangkan bukan sahaja dalam kalangan peminat di Malaysia malah dari Indonesia dan Singapura.

“Jualan tiket sekarang sudah 90 peratus dan ada lagi peminat yang masih bertanyakan soal jualan.

“Kami difahamkan ada juga antara peminat dari Indonesia dan Singapura yang datang semata-mata untuk menonton konsert kami.

“Diharapkan konsert ini mampu menjadi penjenamaan untuk Raihan menyampaikan misi dakwah bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di luar negara,” tutupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI