fbpx

Apa jadi dengan daerah baharu Masjid Tanah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. -Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Sikap segelintir ketua jabatan dan agensi di Melaka yang tidak melaksanakan tugasan seperti diputuskan dalam mesyuarat peringkat negeri telah merencatkan beberapa perancangan, antaranya penubuhan daerah baharu Masjid Tanah.

Perkara itu didedahkan sendiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang secara terbuka menyelar sikap ditunjukkan kelompok berkenaan umpama, ‘seperti lain yang diputuskan, lain yang dilaksanakan’.

Beliau turut membangkitkan isu pembangunan Menara Ikonik yang didakwa belum menunjukkan sebarang keberhasilan.

“Apa sudah jadi dengan penubuhan daerah baharu Masjid Tanah? Apakah sudah hilang daripada radar, jangan kerana saya duduk diam saya tidak tahu apa yang berlaku.

“Saya hendak tanya apa sudah jadi dengan Menara Ikonik? Apa makna proaktif kalau tiada kemajuan dan perkembangan, saya mahu Menara Ikonik direalisasikan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau turut meminta penjawat awam di negeri ini untuk menghentikan segera sikap suka menangguh dan fokus kepada agenda perancangan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat.

Sementara itu, menyentuh soal kerja, Sulaiman mahu ketua jabatan dan kakitangan mempunyai tugas seimbang daripada segi sasaran kerja tahunan (SKT) dan petunjuk prestasi utama (KPI). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI