fbpx

Lelaki hampir lemas, rakan masih hilang di Sungai Pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian dua lelaki dibawa arus ketika sedang mandi-manda di Batu 12, Sungai Pisang, Gombak, petang tadi.

GOMBAK – Suka bertukar duka, apabila seorang daripada dua lelaki telah dibawa arus ketika sedang mandi-manda di Batu 12, Sungai Pisang, Gombak, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) Datuk Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima sekitar pukul 6.57 petang tadi dan seterusnya menghantar jentera ke lokasi terbabit.

Katanya, seramai 10 anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.30 malam.

“Setibanya di kawasan terbabit, terdapat seorang lelaki melayu berusia 20-an didapati terselamat namun terkandas di seberang sungai berkeluasan 20 meter.

“Seorang lagi rakannya yang juga berada di lingkungan usia yang sama dikhuatiri lemas kerana telah hanyut dibawa arus deras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, Norazam berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa hilang terpaksa ditangguhkan pada pukul 9 malam tadi ekoran cuaca semakin memburuk.

Katanya, operasi akan disambung semula pada esok pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI