fbpx

Jumpa mayat bayi perempuan tepi masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang bayi perempuan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, di sini, petang tadi. - IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Mayat seorang bayi perempuan ditemui di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kira-kira pukul 4.35 petang, Bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima makluman daripada seorang lelaki yang telah menjumpai mayat bayi tersebut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi perempuan tersebut baharu dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung dengan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Amran lagi, pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI