fbpx

Liga Hoki Malaysia: Terengganu ‘benam’ pasukan Pulau Pinang 4-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan TLHT membuka Liga Hoki Malaysia (MHL) dengan langkah kanan apabila mengatasi Mutiara Impian MSSPP-PSHA 4-0 sebentar tadi.

KUALA TERENGGANU – Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) membuka Liga Hoki Malaysia (MHL) dengan langkah kanan apabila mengatasi Mutiara Impian MSSPP-PSHA 4-0 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, hari ini.

Skuad kendalian Shahrun Nabil Abdullah mula mencemaskan kubu pelawat menerusi percubaan sudut penalti Nur Syafiqah Mohd. Zain yang diselamatkan pada minit ketujuh.

Pemain berpengalaman, Fazilla Sylvester Silin kemudian memecahkan kebuntuan pada minit ke-22 disusuli tolakan Nur Atira Mohamad Ismail, dua minit kemudian.

Nur Atira berpeluang menjaringkan gol kedua peribadi melalui gerakan solo pada minit ke-35 namun gerakannya dinafikan penjaga gol lawan, Nur Syaza Haziqah Hussin.

Usaha TLHT menambah jaringan berhasil apabila Fazilla menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-39 sekaligus menjadikan kedudukan 3-0 untuk tuan rumah sebelum ketua pasukan, Juliani Mohamad Din terpaksa dikeluarkan pada hujung suku ketiga akibat kecederaan di bahagian muka.

Bekas penyerang kebangsaan, Nur Syafiqah Mohd. Zain melengkapkan kemenangan TLHT menerusi gerakan sudut penalti pada minit ke-47 dan kedudukan 4-0 kekal sehingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI