fbpx

MIG akan bertindak, susulan video mirip Hun Haqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVID tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video lucah tersebut.

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Hun Haqeem, Metrowealth International Group (MIG) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebar video lucah dikatakan mirip pelakon tersebut dalam media sosial baru-baru ini.

Perkara tersebut disampaikan Pengarah Urusannya, David Teo menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun YouTube rasmi MIG semalam.

Menurut penerbit tersebut, pihaknya juga sudah mengenal pasti penyebar video lucah yang tular sejak beberapa hari lepas dalam semua media sosial.

“Hari ini, saya terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai Hun Haqeem iaitu salah seorang artis di bawah pengurusan MIG.

“Kami sangat memandang serius situasi ini dan memberi amaran kepada individu terbabit untuk memadam video tersebut atau bakal berdepan tindakan undang-undang,” katanya.

Tambahnya, rentetan daripada penyebaran video lucah tersebut, banyak laporan berita palsu, artikel, video dan foto telah memaparkan wajah pelakon itu di beberapa platform media sosial.

GAMBAR tangkap layar video lucah mirip ‘Jekfer’ yang tular di laman media sosial.

“Saya telah mengumpul semua bahan bukti dan juga sudah berunding dengan peguam kami mengenai perkara ini.

“Kami sudah kenal pasti si penyebar dan harapnya dia dapat padam dan turunkan semua video dan artikel yang telah dimuat naik dalam media sosial.

“Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang  sewajarnya kepada semua yang terlibat, semua bukti juga sudah direkod,” ujarnya.

Sementara itu, David juga sempat berpesan kepada semua pengguna media sosial supaya menggunakan kebijaksaan yang dianugerahkan dan tidak menyebar fitnah tentang individu lain

Sementara itu, Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Hermy yang baru-baru ini muncul dalam klip video Siapa Tak Mahu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza itu masih gagal dihubungi.

Terdahulu, Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan sebuah video lucah tular dalam media sosial dan lelaki dalam video tersebut dikatakan mirip pelakon yang terkenal menerusi drama Kampung People. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI