fbpx

Luahan Pembaca: Jangan ‘halalkan’ mercun, takut ramai putus jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANYAK kejadian kanak-kanak terputus jari akibat bermain mercun pada musim perayaan. –GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Saya tidak setuju dengan langkah kerajaan mahu ‘menghalal­kan’ permainan mercun terutama pada Hari Raya Aidilfitri.

Tindakan itu mendatangkan risiko bahaya kepada pengguna terutamanya kanak-kanak, malah boleh membawa maut.

Banyak insiden yang terjadi sebelum ini, kanak-kanak putus jari dan kudung tangan.

Sebelum ‘dihalalkan’ pun, orang Melayu terutamanya membenarkan anak-anak mereka bermain mercun bermula
Ramadan lagi.

Mereka seolah-olah membenarkan anak-anak tidak menghormati orang lain terutama yang ingin beribadah sepanjang Ramadan.

Pembakaran mercun juga mengganggu warga emas, orang sakit dan bayi.
Kebenaran bermain mercun bukanlah satu keperluan ketika ini, jika tidak bermain mercun pun perayaan hari raya tetap meriah dengan pelbagai aktiviti lain seperti berkumpul beramai-ramai bersama adik-beradik serta sanak saudara.

Mohon kerajaan melihat semula perkara ini kerana mercun mendatangkan bahaya kepada keselamatan pengguna terutama kanak-kanak.

MAT SOM
Kuala Pilah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI