fbpx

Perlumbaan menjelajah angkasa antara Jeff Bezos, Elon Musk sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misi NASA adalah peluang yang penting untuk Bezos. - Getty Images

WASHINGTON – Perlumbaan menjelajah angkasa lepas dalam kalangan bilionair semakin sengit selepas syarikat Blue Origin yang dimiliki oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos, dipilih oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk melancarkan misi ke Marikh, lapor akhbar Daily Star semalam.

Misi Escape and Plasma Acceleration and Dynamics Explorers, atau dikenali sebagai ESCAPADE, terdiri daripada probe berkembar yang akan menyelidik maklumat penting tentang cara magnetosfera Marikh berinteraksi dengan angin suria.

Penemuan ESCAPADE penting untuk angkawasan tinggal lama di Marikh serta membantu misi penjelajahan manusia ke angkasa lepas. Saintis perlu mengetahui risiko pendedahan radiasi di permukaan Marikh.

Setakat ini, NASA belum menggunakan kemudahan syarikat milik Bezos untuk sebarang misi, malah kapal angkasa Blue Origin juga belum mencapai orbit Bumi yang sebenar. 

Kontrak baharu NASA untuk Blue Origin itu mewakili permulaan baharu antara kedua-dua organisasi walaupun ia mewakili risiko yang besar di pihak NASA.

Kenderaan pelancar New Glenn milik Blue Origin masih belum digunakan selepas pelancaran pertamanya pada 2020 ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya musim panas ini.

Ia dilaporkan boleh digunakan untuk 25 pelancaran berbanding kapal angkasa SpaceX Starship milik Musk yang menjanjikan ‘kebolehgunaan semula sepenuhnya’.

Jika penerbangan ujian pertama roket itu terpaksa ditangguhkan lagi atau menghadapi beberapa kerosakan yang tidak dijangka, misi itu boleh ditarik balik daripada Bezos dan diberikan kepada Musk. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI