fbpx

Jungkook jual aset, netizen mula berspekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

HANYA selepas dua tahun membeli sebuah apartmen mewah di kawasan elit Seoul Forest Trimage, penyanyi Jungkook dilaporkan telah menjual kediaman tersebut baru-baru ini.

Dia membeli apartmen tersebut pada 2018 dengan harga 1.95 bilion won (RM708,711) dan menjualnya pada harga yang tidak jauh berbeza iaitu 2.5 bilion won (RM 908,605) pada 7 Oktober lalu.

Sewaktu laporan pembelian tersebut dilaporkan media, peminat nyata terkejut dan pada masa sama cukup kagum kerana dia berjaya memiliki rumah mewah pada usia muda. Bahkan rumah itu dibeli secara tunai oleh Jungkook.

Bagaimanapun, anggota BTS itu dikatakan terpaksa menjual rumah berkenaan kerana selama dua tahun memilikinya, dia tidak pernah tinggal di situ.

Hal ini kerana penyanyi berusia 23 tahun itu kerap menghabiskan masa bersama anggota BTS yang lain di kediaman yang disediakan agensi mereka, Big Hit Entertainment.
Kompleks bangunan mewah itu yang memaparkan keindahan Sungai Han digelar sebagai ‘bandar selebriti’ kerana merupakan pilihan tempat tinggal ramai selebriti popular antaranya Choi Siwon, Heechul, Seo Kang-joon dan Kim Ji-hoon.

Pun begitu, laporan berkenaan penjualan rumah Jungkook menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen kerana dia tidak pandai melabur meskipun mempunyai banyak wang.

“Percubaannya untuk melabur dalam bidang hartanah nampaknya berakhir dengan kegagalan tragis,” tulis seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI