PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melibatkan lapan negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi laporannya berkata, antara negeri terlibat adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perak iaitu di Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala Selangor meliputi Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
“Negeri Sembilan cuaca sama diramal di Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.
Sementara itu di Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ribut petir dijangka berlaku di seluruh kawasan.
“Di Sarawak pula melibatkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE