fbpx

Real Madrid akhiri perjalanan fantasi Al Hilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL merangkul gelaran Piala Kelab Dunia buat kali kelima selepas berjaya membenam cabaran Al Hilal awal pagi semalam. – AFP

RABAT – Real Madrid menepati ramalan apabila menjulang trofi Piala Kelab Dunia selepas menewaskan jaguh Asia, Al-Hilal 5-3 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Prince Moulay Abdellah awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Los Blancos memperoleh gol menerusi Karim Benzema serta masing-masing dua jaringan Vini­cius Ju­nior dan Fede Valverde, mana­kala gol Al-Hilal dijaringkan Moussa Marega dan dua gol sumbangan Luciano Vietto.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti menganggap kemenangan itu mampu menjadi pembakar semangat buat pasukan tersebut bagi menghadapi baki saingan musim ini selepas menampilkan aksi kurang memberangsangkan pada aksi terdahulu.

“Suasana yang cukup baik di sini kerana penyokong-penyokong kami hadir dalam ke­dua-dua perlawanan. Saya fikir aksi Real sebagai satu pasukan sudah semakin baik dan kami berjaya membawa pulang trofi.

“Saya fikir kejuaraan ini akan menjadi pembakar semangat buat semua pemain untuk perlawanan akan datang. Saya mahu Real berjuang habis-habisan dalam semua pertandingan musim ini,” katanya.

Pengendali dari Itali itu juga memuji aksi ditampilkan Vini­cius pada perlawanan tersebut apabila menjadi tunjang pasukan sehingga dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) sepanjang kejohanan tersebut.

“Saya tahu dia masih sedih dengan kekalahan kepada Mallorca sebelum ini, tetapi dia tetap fokus pada perlawanan di sini. Saya yakin aksi hari ini (semalam) boleh menjadi suntikan motivasi untuknya.

“Dia berkembang dengan sa­ngat baik dan sentiasa menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan. Sekarang dia sudah lebih matang dan sangat bijak membuat keputusan dalam perlawanan,” ujar Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI