fbpx

EPL: Mikel Arteta tuduh keputusan VAR silap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TROSSARD berjaya meletakkan Arsenal di hadapan, namun mereka gagal meraih kemenangan apabila Brentford berjaya menyamakan kedudukan. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mike Arteta nyata tidak berpuas hati dengan Video Bantuan Pe­ngadil (VAR) yang membenarkan gol jaringan penyerang Brentford, Ivan Toney disahkan ketika mereka terikat 1-1 pada perlawanan di Emirates itu kelmarin.

Arsenal cuba mempamerkan kebangkitan selepas mereka tewas menentang Everton minggu lalu dan jaringan Leandro Trossard hampir menyaksikan The Gunners kembali selesa untuk menguasai puncak Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, Toney meleburkan harapan tersebut apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-74 untuk Arsenal terpaksa berpuas hati untuk mengutip satu mata menerusi perlawanan berkenaan.

Gol penyamaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Arteta yang mendakwa VAR gagal membuat keputusan yang tepat apabila mengesahkan jaringan tersebut kerana pemain Brentford berada pada kedudukan ofsaid.

“Kami mengikut apa yang te­lah ditaklimatkan oleh pengadil perlawanan pada setiap minggu sebelum perlawanan. Situasi gol Brentford itu menyaksikan pemain mereka berada di kedudukan ofsaid sebelum gol itu terhasil lagi,” katanya.

Kegagalan meraih kemena­ngan pada perlawanan itu menyebabkan Arteta tidak dapat membendung kemarahannya apabila cuba mencetuskan konfrontasi terhadap pengadil, Peter Bankes selepas perlawanan ber­akhir.

Dalam pada itu, Arteta meng­akui bahawa para pemainnya te­lah menampilkan aksi cukup baik dengan mematahkan ba­nyak serangan Brentford dan berjaya mendominasi perlawanan, namun mereka gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik.

“Saya fikir kami telah mendominasi perlawanan. Kami meningkatkan intensiti dan beberapa kali berjaya mendapat peluang terbaik serta menjaringkan gol.

“Bagaimanapun, saya berasa sedikit kecewa apabila kami tidak memberikan sepenuh fokus untuk menghalang mereka mela­kukan serangan dan menerusi set-piece menyebabkan kami beberapa kali berdepan keadaan kucar-kacir,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI