fbpx

Eun-kwang bantu mangsa gempa bumi Turkiye, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EUN-KWANG

KEMURAHAN hati penyanyi Eun-kwang terserlah apabila dia menjadi salah seorang selebriti yang menyalurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi dahsyat di Turkiye dan Syria minggu lalu.

Anggota yang juga ketua kumpulan BTOB itu dilaporkan memberikan sumbangan sebanyak 10 juta won bersamaan RM34,000 melalui laman sesawang Together Kakao.

Selepas memberikan bantuan, penyanyi itu memuat naik hantaran tangkap layar sumbangan yang dilakukannya dalam Instagram.

“Hati saya berasa sangat berat. Saya harap semua yang meninggal dunia akan bergembira di syurga dan yang lain terselamat,” katanya.

Eun-kwang pada masa sama juga mengharapkan orang ramai mendoakan mangsa yang berada di kedua-dua buah negara tersebut.

Selain Eun-kwang, Kim Jin-woo dari kumpulan Winner, personaliti televisyen Jang Sung-kyu, penyanyi Yang Dong-geun, atlet peluncur ais Kim Yu-na dan ramai selebriti lain turut menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terjejas dalam bencana alam tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI