fbpx

Mayat terapung di Sungai Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat terapung yang ditemui di Sungai Langat berdekatan Kampung Labohan Dagang.

KUALA LANGAT – Suasana di Kampung Labohan Dagang, Bukit Changgang di sini, gempar apabila mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Langat berdekatan kawasan itu, semalam.

Mayat pemandu lori warga tempatan berusia 28 tahun itu ditemui seorang pemancing, kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, saksi kejadian menarik mayat itu ke tepi sungai dengan kayu sebelum menghubungi polis bagi tindakan lanjut.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan dikesan pada tubuh mangsa.

“Polis turut menemui beberapa dokumen pengenalan diri lelaki yang berpakaian lengkap itu. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan orang awam memaklumkan penemuan mayat yang hanyut di sungai tersebut. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI